Ibu-ibu yang baru melahirkan anak sering dilanda was-was.
Patutkah pakai sabun mandian pada bayi baru lahir?
Kulit bayi yang lembut dan mulus sebenarnya sangat sensitif pada bahan kimia. Bahan kimia bertoksik akan mudah resap dalam kulit bayi dan seterusnya masuk ke salur darah.
Bagi bayi yang alami alahan seperti ruam dan eczema, pakai apa sahaja produk yang tidak selamat akan sebab kan alahan lebih teruk lagi.
Kasihan tengok bayi yang masih kecil menangis sekuat hati mereka kerana kepedihan dek alahan di kulit.
Antara perkara yang wajar di ambil kira ketika memilih syampu dan sabun mandian buat bayi kita adalah :-
1. Bukan semua produk bayi yang dijual oleh jenama besar adalah selamat untuk bayi. Walaupun label di botol tulis “Selamat Untuk Bayi”, ianya tidak menjamin produk itu sesuai dengan bayi anda.
2. Cara paling berkesan adalah baca label produk tersebut. Jangan termakan pada klise marketing pada bungkusan produk tersebut. Ada banyak produk bayi mengandungi bahan toksik dan pewangi yang berbahaya walaupun di luar bungkusan nya tulis “100% selamat”.
3. Usah terlalu kerap mandi kan bayi dengan syampu dan sabun mandian. Cukup dengan mandi kan bayi sehari sekali sahaja. Walau produk itu selamat untuk bayi, namun jika bayi dimandikan dengan kerap, ianya akan menghilangkan kelembapan semula jadi yang ada di kulit bayi. Maka kulit bayi akan kering dan boleh sebabkan iritasi dan alahan di kulit bayi yang lembut bak sutera.
4. Antara bahan kimia yang patut kita elakkan semasa memilih untuk membeli syampu dan sabun mandian adalah;Parabens – bahan sintetik digunakan sebagai pengawet. Boleh sebab kan kanser mahu pun iritasi di kulit bayi
a) Pewangi sintetik – Pewangi yang terlalu banyak dimasukkan dalam produk bayi akan sebabkan iritasi pada kulit dan mengganggu pernafasan bayi. Pilih produk yang bebas pewangi ( Fragrance Free) ataupun produk yang menggunakan pewangi natural dan organik atau dari Essential oils.
b) Formaldehyde – bahan kimia yang ada sifat karsinogen yang boleh sebabkan kanser.
c) Dye atau pewarna tiruan – pewarna tiruan tiada fungsi lain selain untuk nampak cantik sahaja. Namun pewarna tiruan boleh sebabkan kekeringan kulit dan juga iritasi pada bayi anda selain daripada bersifat karsinogen.
5. Pilih produk yang selamat untuk bayi anda berdasarkan kriteria di bawah.
- Syampu dan sabun mandian boleh diguna pakai sekaligus. All in one.
- Dibuat daripada pelembab semula jadi seperti minyak kelapa, aloe vera atau pun shea butter.
- Punyai label ORGANIC, ECZEMA FRIENDLY, atau SENSITIVE SKIN. Produk yang ada label ni punyai bahan yang selamat untuk bayi anda dan lembut untuk kulit.
- Tidak pedihkan mata bayi. Ada banyak produk yang selamat yang tidak akan buat bayi anda menangis ketika mandi.
Semua ibu pun mahu kan bayi nya membesar dengan sihat dan sempurna. Jadi mulakan langkah pertama dengan hanya pilih bahan yang selamat di pakai sahaja buat bayi anda.