Perlukah cukur rambut bayi ?

 

Suatu perkara norma bila seorang bayi lahir sahaja ke dunia, akan dibuat kenduri akikah berserta cukur jambul.

Namun apakah kebaikan di sebalik kebiasaan ini? Adakah ianya adat semata-mata ataupun ada kebaikan yang tersirat kemas disebaliknya.


Dari segi kesihatan, ada banyak kebaikan buat bayi sekiranya rambut dicukur sehingga botak licin.

Antaranya:

 

1. Rambut yang tumbuh semasa di dalam rahim ibu terkena lemak dan lendiran di dalam rahim. Secara tidak langsung akan ada kotoran melekat di kulit kepala bayi. Malah sukar untuk kita kesan sendiri kekotoran yang tersembunyi di sebalik celahan rambut itu. Bila dicukur, kulit kepala bayi akan mudah dicuci dan dibersihkan.

 

  1. Bayi akan mengeluarkan peluh melalui rongga-rongga di kepala. Sementara kulitnya ambil masa untuk menjadi matang dan respirasikan peluh selepas beberapa bulan. Jadi bayi akan lebih selesa untuk berpeluh bila rambutnya tiada. Dan mudah untuk peluhnya di lap. Lagipun cuaca di Malaysia dengan kelembapan yang tinggi.

 

  1. Sesetengah bayi mengalami kerak di kepalanya. Kerak tersebut berwarna kekuningan dan berminyak serta mengeluarkan bau yang hamis. Bila rambut bayi dicukur licin, mudah untuk ibu bapa lihat kondisi bayi tersebut. Malah minyak bagi merawat kerak di kepala pun mudah disapu sekiranya bayi tersebut botak.

  2. Kesan dari rambut bayi dicukur akan sebabkan aliran darah meningkat ke kepala. Kebaikannya adalah khasiat dan oksigen akan tertumpu ke perkembangan otaknya. Maka bayi akan lebih cergas dan cerdas.

  3. Mencukur rambut bayi akan merangsang pertumbuhan rambut baru kelak. Maka rambut bayi yang akan tumbuh akan lebih kuat, sihat dan lebat. Apa salahnya bayi botak sekejap untuk beberapa bulan, dan kemudian bayi membesar dengan rambut yang sihat.

    Dari segi agama islam, lebih afdal untuk mencukur rambut bayi di hari ke 7 kelahiranya. Selari dengan sunnah Rasullah agar bayi di akikah, di cukur dan diberi nama pada hari ke 7. 


Cuma amalan cukur jambul adalah lebih kepada adat Melayu. Sebaiknya bayi tersebut dicukur terus sehingga botak habis. Rambut yang telah dicukur tadi kemudiannya ditimbang berapa beratnya dalam gram.

Kemudian timbangan berat tersebut kepada nilai ringgit bersandarkan pada harga emas. Jumlah yang dapat akhirnya disedekahkan kepada warga fakir miskin.

Sesungguhnya mencukur rambut bayi ada banyak kebaikan yang terselindung dan wajarlah kita mengikutinya.