5 Cara Terbaik Tangani Anak Tantrum

 

Huwarghhhhh.. Huwarghhhhh. Anak kecil itu menjerit sekuat hati sambil kaki nya menghentak-hentak lantai. Segala barang di atas meja di campak jatuh ke lantai. Ibu nya mencuba untuk memujuknya, namun anak kecil itu kekal menangis teresak-esak.

Ini adalah adegan biasa bila anak kecil dalam keadaan tantrum. Ibu-ibu usah risau sekiranya anak tantrum. Ini adalah perkara biasa bagi perkembangan anak kecil.

Ada pelbagai sebab kenapa anak kecil boleh tantrum. Antaranya sebab lapar, perut kembung, tidak cukup tidur ataupun mahu kan kemahuan mereka dituruti.

Namun, ibu bapa harus bijak tangani anak kecil supaya tantrum nya terkawal. Di sini kami sertakan 5 cara untuk tangani anak kecil yang tantrum.

 

1. Sempurnakan hak anak kecil

 

 

Pasti kan segala keperluan asas anak kecil di utamakan sebaiknya. Pastikan anak kecil cukup makan, cukup tidur dan cukup rehat. Walaupun benda ini nampak kecil, namun besar kesan terhadap kawalan tantrum anak tersebut. Anak yang cukup makan dan cukup rehat akan lebih tenang dan selesa sepanjang masa.

2. Jauhkan anak kecil dari pencetus tantrum


Kenali sebab kenapa anak kecil anda boleh tantrum. Mungkin sebab mereka mahu kan gula-gula dari 7-Eleven, atau mainan dari kedai ECO atau mungkin mahu bermain di taman permainan. Jadi anda haruslah buat strategi untuk jauhkan diri dari tempat yang mencetuskan tantrum anak anda.

3. Ibu bapa harus bertenang

 

Ketika anak tantrum, janganlah ibu bapa pun turut mengamuk dan menjerit pada anak tersebut. Ibu bapa harus tarik nafas panjang dalam-dalam. Berhenti seketika dan bertenang. Biarkan keadaan berlarutan untuk seketika. Kemudian ibu bapa cuba untuk memujuk anak tersebut dengan pelukan erat setelah tantrum anak tersebut berkurangan.

4. Alih perhatian anak

 

Anak kecil walau kuat tantrum namun mudah juga untuk berubah perhatiannya. Sekiranya mereka tengah tantrum, alihkan perhatian mereka dengan tengok ke langit, tengok burung terbang tinggi. Atau pun boleh juga alihkan perhatian dengan barang mainan yang lain. 

 

5. Sikap tidak peduli

 

Ada masa ibu perlu tunjuk sikap tidak peduli atas kelakuan tantrum anak kecil. Terutamanya bila anda perlu tegas jika bila mereka mahu kan sesuatu yang sebab kan akibat buruk kemudian nanti. Biarkan mereka menjerit semahunya dan lepaskan kemarahan mereka. Biar mereka belajar yang mereka tidak semestinya akan dapat apa yang mereka mahu kan sentiasa. Lagipun anak kecil tidak mungkin menangis sepanjang hari. Selepas tangisan mereka reda, anda pujuk elok-elok dan bagitahu tentang kenapa anda tidak ikut kemahuan mereka.

 

Anak tantrum boleh bikin emosi ibu-bapa kucar kacir. Namun tantrum ini akan semakin berkurangan bila mereka meningkat dewasa. Jadi ibu bapa harus bijak dan matang tangani tantrum mereka.

Banyakkan nasihat pada anak kecil ketika mereka tenang tentang keburukan menangis secara berterusan. Lama kelamaan anak kecil akan terima pendapat kita dan mereka akan usaha untuk kawal emosi mereka sendiri.