Selamatkah bayi kita dari bahan kimia di rumah?

Bayi akan mula meniarap, kemudian mengengsot, merangkak dan memanjat. Sebelum bayi tersebut mula berjalan dan berlari dengan ligatnya. Momen ini adalah momen emas dalam diari seorang ibu. Sungguh mengujakan melihat anak kita berjaya melakukan satu anjakan dari kebiasaanya.

Namun pernah tak ibu-ibu terfikir bahawa anak kita mudah terdedah pada bahan kimia dalam proses tersebut secara langsung atau tidak langsung ?

1. Awasi apa yang anak masukkan dalam mulut.

 

Anak kita tengah aktif bermain. Dicapainya alat mainan abangnya terus dimasukkan ke dalam mulut.Seberapa yakin kah kita sebagai ibu bahawa mainan tersebut selamat untuk dikunyah dan di mamah oleh bayi?

 

Oleh sebab itu, sebaiknya barang mainan dipilih dari jenis BPA FREE dan bukan dari jenis PVC. Apa-apa mainan yang dibuat dari PVC mengandungi bahan bertoksik yang merbahaya. Malah mainan plastik yang terlalu lama sehingga luntur warnanya dan lapisan luar harus dibuang kerana ianya sudah tidak selamat.

Anak kita akan meniarap dan mengengsot di atas lantai. Lantai yang dimop dengan sabun pencuci yang kuat akan beri kesan bahaya buat bayi tersebut. Bayi akan menyedut bahan kimia dari sabun pencuci mahupun menjilat lantai tersebut. Malah sekiranya sabun lantai itu punyai wangian dan pewarna yang banyak, ianya boleh sebab kan iritasi pada kulit anak juga.

 

Sebaiknya ibu beli sabun lantai organik yang dibuat dari bahan semulajadi seperti minyak kelapa. Cara lain, ibu boleh juga mop lantai dengan hanya guna campuran sedikit  soda bikarbonat dan cuka epal.

2. Pilih sabun pencuci lantai yang sesuai untuk bayi

 

3. Sabun basuh baju boleh sebabkan iritasi kulit

 

Sekiranya ibu menggunakan sabun basuh baju yang biasa untuk baju-baju bayi anda, secara tidak langsung akan beri kesan bahaya pada anak anda. Sabun yang kuat bahan kimia akan meresap ke dalam baju. 

Kemudian bahan kimia mungkin boleh masuk ke dalam salur darah bayi melalui pernafasan, hisapan mahupun sentuhan di kulit.

Ada banyak sabun basuh baju yang tidak beri kesan pada bayi dan ianya selamat buat bayi.

 

Produk mandian bayi yang dijual di pasaran tidak bermakna ianya 100% selamat buat bayi. Besar kemungkinan produk tersebut mengandungi bahan yang merbahaya dan akan sebabkan alahan pada bayi. 

 

Antara bahan yang merbahaya ialah paraben dan SLS. Ibu-ibu harus baca dahulu label di belakang produk sebelum membelinya. 

 

Produk yang selamat untuk mandian bayi adalah dibuat dari bahan semulajadi serta tidak menggunakan pewangi dan pewarna sintetik.

4. Hanya guna sabun mandian yang selamat ketika mandikan bayi

 

5. Cerewet dengan pemakanan anak kita

 

Bak kata mat salleh, “ We are what we eat ” . Sekiranya anak kita terbiasa makan penuh dengan bahan kimia tidak berkhasiat, begitu jugalah mereka akan membesar dengan tidak cukup zat.

Antara makanan untuk bayi yang patut ibu elakkan adalah seperti nestum atau makanan instant yang lain. Ini kerana makanan tersebut tinggi kandungan gula, maltodextrin dan juga krimer yang hanya beri kesan buruk pada perkembangan saraf minda bayi. 

Malah apa sahaja makanan yang tinggi gula, pewarna dan perisa tiruan patut ibu hindar dari beri kan pada bayi.

Semua ibu mahu kan anak-anak membesar jadi sihat, kuat dan kreatif. Maka ibu harus cakna dan ambil tahu mengenai kesan bahan kimia ke atas perkembangan fizikal dan mental anak-anak. 

Ambil langkah pertama dengan lindungi permata tersayang dari bahan kimia merbahaya ya ibu!